Free Kombucha Scoby Kombucha Scoby.Com

Selamat Datang...


Kombucha ialah satu minuman dari hasil penapaian sebiji cendawan (Fungus Japonicus). Ia dikenali sebagai teh kombucha, satu minuman yang membuatkan ramai orang terpikat dengan kemampuannya dalam meningkatkan kesihatan seseorang. Ia juga dikenali sebagai teh cendawan Manchurian, Kwassan, teh kombucha dan arak kesihatan. 

Ketika proses penapaian dan penyediaannya, membran kombucha menjadi pepejal gelatin yang terdiri daripada beberapa jenis yis yang berbeza dan sesetengah bakteria anti-toksik yang terdapat dalam udara, sama seperti yis yang terdapat di dalam roti. Apabila kombucha ditapai di dalam campuran air yang mengandungi teh hijau dan gula, mikroorganisma-mikroorganisma tersebut bergabung menjadi satu kultur penapaian yang kompleks. Kultur ini menghasilkan beberapa sebatian yang dianggap sebagai tonik kesihatan lebih berpuluh-puluh abad yang lalu. Kombucha juga mengandungi beberapa vitamin-vitamin B dan vitamin C. Teh itu juga dikatakan menghasilkan rasa yang unik dan menyegarkan. Permukaan membran kombucha juga boleh dimakan.

Di China, teh kombucha telah digunakan sebagai minuman kesihatan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ia juga digunakan sejak berabad lalu di Jepun, Korea dan Rusia. Pada awal tahun 1990, penggunaan teh ini tersebar dari Rusia ke negara-negara Eropah termasuk German, dimana ia dikenali sebagai penawar kesihatan sepanjang tahun itu. Pada tahun 1950 dan 1960, saintis-saintis German dan Itali mendakwa bahawa teh kombucha mengandungi ciri-ciri anti-kanser yang kuat dan diistiharkan sebagai penyembuh ajaib untuk kanser. Alexander Solzhenitzyn, pemenang Nobel Prize Rusia, melaporkan bahawa sejak beliau mula mengamalkan teh kombucha, penyakit kanser perutnya telah sembuh. Sejak itulah kombucha terkenal dengan kemampuannya sebagai anti-kanser dan dalam meningkatkan kadar imunisasi seseorang.Ternyata, kombucha sangat hebat! (dengan izin Allah S.W.T)

Kombucha juga berbentuk piringan bulat serta hidup dalam lingkungan nutrisi teh manis yang akan tumbuh secara berulang sehingga membentuk susunan piringan berlapis. Piringan pertama akan tumbuh pada lapisan paling atas yang akan memenuhi lapisan, kemudia disusuli oleh pertumbuhan piringan yang berlapis-lapis di bawahnya yang akan menebal. Jika dirawat dan ditapai mengikut prosedur yang betul, kombucha akan tumbuh pesat dan sihat sehingga akan hidup sepanjang umur pemilik serta keturunannya.

Galeri Kombucha

Free Kombucha

Kombucha yang sedang ditapai di dalam rumah

Free Kombucha Tea

Cendawan kombucha yang telah membesar

Free Kombucha Scoby1 Free Kombucha Tea2

Kultur cendawan kombucha

Boleh dijadikan minuman harian